Peniaga resah bekalan telur masih kurang

Peniaga resah bekalan telur masih kurang

MUHAMMAD Fikri Jaya menyusun bekalan telur yang baru tiba di kedainya di Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Peniaga di daerah ini resah ekoran bekalan telur ayam masih berkurangan di pasaran sekali gus memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bekalan telur di beberapa kedai runcit masih sukar diperoleh.

Seorang peniaga telur di Bandar Gua Musang, Muhammad Fikri Jaya, 23, berkata, situasi itu menyebabkannya berdepan dilema apabila terpaksa mengehadkan penjualan kepada pelanggan.

Katanya, sejak Mei lalu dia hanya menerima sekitar 1, 400 hingga 1, 500 papan telur dalam tempoh seminggu berbanding 3,000 papan sebelum ini.

“Keadaan ini mendesak kami supaya mengehadkan bekalan kepada pengguna terutama pelanggan tetap termasuk pengusaha restoran di sekitar bandar ini.

“Saya terpaksa membahagikan bekalan telur kepada pelanggan lain dan bekalan telur yang sampai pada hari Ahad habis dalam tempoh tiga hari sahaja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Muhammad Fikri berkata, harga telur meningkat dengan dijual pada harga bermula RM12.30 untuk gred D sehingga RM16.80 untuk gred AA.

Katanya, harga telur ayam ini di bawah kawalan dan sebagai peniaga dia tidak boleh menaikkan sewenang-wenangnya dan mengikut harga yang ditetapkan.

Sementara itu, seorang pengusaha bakeri di Taman Wira Perdana di sini, Marlia Ismail, 37, berkata, dia terpaksa mengehadkan penggunaan telur iaitu hanya 10 papan seminggu.

Katanya, keadaan itu memberi kesan terhadap operasi perniagaannya kerana banyak menjual produk berasaskan telur seperti kek dan biskut.

“Kadangkala apabila telur tiada saya tidak boleh ambil tempahan. Kalau tiada pilihan saya akan menggunakan telur omega, namun terpaksa mengenakan caj lebih kepada pelanggan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Daerah Gua Musang, Zamzani Harun berkata, banyak aduan diterima berhubung bekalan telur yang kurang di pasaran.

Katanya, pengguna berharap isu itu tidak berlarutan dan kementerian berkaitan perlu mengambil langkah segera mencari punca ketiadaan telur dan menambah bekalan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya