Pengusaha ladang sawit maut motosikal ditunggangi terbabas di LPT2 - Utusan Malaysia

Pengusaha ladang sawit maut motosikal ditunggangi terbabas di LPT2

ANGGOTA polis mengusung mayat Mohamad Rizuwan Mat Nawi yang maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya terbabas di LPT2, berdekatan Bukit Besi, Dungun, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang pengusaha ladang sawit maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabas  dalam kemalangan di Kilometer 372.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, Mohamad Rizuwan Mat Nawi, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya dekat sini.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditungganginya di lorong sebelah kanan lebuhraya, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan terseret kira-kira 50 meter.

“Ekoran kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya