Pengurangan subsidi bersasar perlu seiring keperulan B40

Pengurangan subsidi bersasar perlu seiring dengan keperluan golongan B40 – COVAS

Belanjawan 2024 akan dibahas peringkat jawankuasa mulai esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan perlu meneliti semula keputusan mengurangkan subsidi ke atas barangan keperluan yang beri impak kepada golongan B40, kata Per­satu­an Suara Konsumer Sarawak (Covas).

Jelas Presidennya Michael Tiong memandangkan unjuran subsidi ditarik balik, ada perlunya beberapa barangan keperluan dapat membantu dalam jangka pendek.

MICHAEL TIONG

“Maknanya, subsidi bersasar harus diteruskan pada perkara yang mungkin banyak membantu golongan B40. Subsidi merupakan satu mekanisme yang baik untuk jangka pendek dan bukan jangka panjang.

“Jika ia berpanjangan, kerajaan mungkin akan kekurangan dana dan memberi kesan  dalam usaha pembangunan lain demi meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pendapat ketersediaan rakyat untuk menghadapi pengurangan subsidi yang dibentangkan kerajaan dalam Belanjawan 2024.

Justeru itu, COVAS berpendapat ia adalah bukti bahawa subsidi sehingga kini masih tidak dapat meningkatkan kehidupan rakyat.

“Mungkin ia adalah satu formula yang gagal kerana walaupun dengan subsidi, harga barang komoditi masih meningkat, mata wang asing lebih kukuh berbanding Ringgit Malaysia (RM).

“Dalam pada masa yang sama keadaan yang masih wujud peperangan di negara asing turut mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung harga dan kos sara hidup di Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu Naib Presiden COVAS, Philip Ng Swee Tong berkata dalam konteks pengurangan berperingkat subsidi oleh kerajaan, adalah sangat penting.

“Penting bagi kita sebagai pengguna untuk memahami sepenuhnya peralihan ini dan antara sebab-sebabnya di sebaliknya. Peralihan ini adalah elemen penting dalam pentadbiran yang bertanggungjawab, dengan matlamat utama untuk memastikan kestabilan kewangan kerajaan ketika ini.

“Dengan melakukan demikian, kita dapat menjamin bahawa sumber masa depan akan dapat diagihkan kepada sektor-sektor utama dalam masyarakat kita: pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pengurusan hutang kerajaan yang bijaksana.

“Justeru itu, pengurangan subsidi menghasilkan simpanan yang lebih baik boleh digunakan dengan lebih efektif untuk mengukuhkan sektor-sektor penting ini,” katanya.

Tidak dinafikannya, penstrukturan semula ini membolehkan peningkatan dalam infrastruktur penjagaan kesihatan, kualiti pendidikan, dan pembangunan infrastruktur awam yang penting boleh memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat secara keseluruhannya.

“Selain itu, apabila terlalu banyak sumber disalurkan ke dalam subsidi, dana untuk tiga bidang penting ini berkurangan dan lebih sedikit individu dapat mendapat manfaat daripadanya.

“Sehubungam itu, penting untuk mengenal bahawa model subsidi yang berkonsep tradisional adalah tidak boleh berkekalan dalam jangka panjang.

“Seiring peredaran waktu, harga semakin meningkat disebabkan oleh inflasi, walaupun tahap subsidi yang sama, kos akan terus meningkat,” dedahnya.

Oleh itu, kerajaan perlu lebih bijak sekiranya harga pasaran sebenar di gunapakai dengan secara berperingkat dalam pada masa sama mengurangkan subsidi.

“Pendekatan ini jauh lebih berkesan daripada membenarkan subsidi mencapai tahap yang tidak dapat dikekalkan dalam masa yang terdekat, yang boleh menyebabkan kenaikan harga yang mendadak dan mengganggu pasaran semasa.

“Untuk beralih kepada perubahan ini dengan jayanya, kita perlu menyesuaikan gaya hidup kita dan beralih fokus dari kehendak kepada keperluan.

“Adalah penting untuk mengambil langkah proaktif untuk menjadi lebih peka bajet, membuat pilihan bijak dalam perbelanjaan harian kita. Dengan berbuat demikian, kita tidak hanya menyokong penyesuaian ekonomi yang bertanggungjawab, tetapi juga menjamin masa depan yang lebih mampan dan sejahtera bagi diri kita dan masyarakat kita,” tambahnya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya