Penguatkuasaan Akta 611 perlu lebih tegas

Penguatkuasaan Akta 611 perlu lebih tegas

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) yang dipinda pada 2016 dsudah memadai dan perlu diberikan pendedahan seluasnya bagi golongan ibu bapa dan kanak-kanak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal berkata, Akta 611 telah diperkukuh dengan pindaan yang dilakukan pada 2016.

Katanya, di dalam pindaan itu, mana-mana ibu bapa atau penjaga cuai atau mengabaikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka boleh dikenakan tindakan yang membawa hukuman penjara dan denda.

“Peruntukan undang-undang sedia ada bagi Akta 611 sudah mencukupi tetapi penguatkuasaan perlu ditambah baik bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa yang melanggar akta perundangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan, perbuatan kecuaian ibu bapa dalam aspek keselamatan anak-anak wajar dihukum jika benar terbukti ada unsur-unsur kecuaian dalam mana-mana kes melibatkan apa jua kemalangan dan pengabaian golongan itu. 

Undang-undang berkaitan perlu dikuatkuasakan secara tegas bagi mengelak kejadian sama berulang dan boleh memberi pengajaran kepada ibu bapa lain demi melindungi hal dan kebajikan kanak-kanak

Aziah berkata, masyarakat umum perlu diberikan kefahaman dan penerangan mengenai Akta Kanak-kanak 2001 agar lebih banyak pendedahan dibuat mengenai kesalahan penderaan atau kecuaian terhadap kanak-kanak.

“Saya mengesyorkan kursus pra perkahwinan memasukkan elemen keselamatan kanak-kanak supaya mereka tahu bagaimana menjaga anak-anak mereka selepas mendirikan rumah tangga,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Dr. Farah Nini Dusuki, Akta 611 tidak perlu digubal sebaliknya menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan lebih tegas.

“Undang-undang yang sedia ada sudah digubal pada 2016 dengan peningkatan hukuman kepada denda RM 50,000 atau dipenjarakan selama 20 tahun jika disabitkan kesalahan sudah cukup memberi pengajaran kepada masyarakat awam,” katanya.

Jelas Farah, undang-undang berkaitan perlu dikuatkuasakan dengan tegas bagi mengelak kejadian yang sama berulang.

Tambahnya, terdapat dua bentuk perundangan berkaitan perlindungan kanak-kanak yang perlu masyarakat awam tahu iaitu perundangan berbentuk pencegahan yang mana kewajipan memaklumkan kepada ahli keluarga, ahli perubatan, pengasuh dan orang awam atau jiran.

Katanya, perundangan kedua adalah berbentuk hukuman seperti yang termaktub di dalam Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) pindaan 2016.

“Selain itu, bagi mendedahkan undang-undang tersebut kepada masyarakat awam, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mendidik masyarakat melalui penyiaran iklan memaparkan talian kecemasan di televisyen dan produk kanak-kanak agar mereka boleh mendapatkan bantuan selain pendedahan kepada ibu bapa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya