Penghormatan untuk Whitney Houston - Utusan Malaysia

Penghormatan untuk Whitney Houston

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMPIAN setiap peminat Whitney Houston untuk memberi penghormatan buat penyanyi tersebut.

Peluang itu menjadi milik penyanyi broadway, Rashidra Scott yang diberi kepercayaan untuk menyanyikan semula lagu-lagu penyanyi kesayangannya itu menerusi konsert tribute yang diadakan di Planery Hall KLCC, baru-baru ini.

Konsert tersebut ibarat mimpi jadi kenyataan buat Rashidra yang sejak usia kecilnya mengidolakan penyanyi kulit hitam itu.

Penyanyi ini bersungguh-sungguh menyampaikan 18 lagu hits yang dipopularkan mendiang diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang diketuai konduktor asal Amerika Syarikat (AS), Brent Havens.

“Saya mula menyanyi ketika berusia tiga tahun. Lagu pertama yang saya nyanyikan adalah Greatest Love of All nyanyian Whitney.

“Ketika membesar, saya sering menyertai pertandingan nyanyian dan selalu diundang membuat persembahan dalam majlis-majlis keramaian,” katanya.

Kira-kira 3,000 peminat ‘terpanah’ dengan persembahan bertenaga Rashida membawakan rangkaian lagu nostalgia mendiang.

Antara yang dipersembahkan pada konsert tersebut adalah I Will Always Love You, I Have Nothing, Run To You, One Moment In Time dan banyak lagi.

Rashidra memberi penghormatan, menyampaikan lagu-lagu tersebut dengan cara tersendiri tanpa terbawa-bawa gaya nyanyian penyanyi bertaraf legenda berkenaan.

Itu salah satu kekuatan penyanyi broadway ini yang secara tidak langsung menarik minat sejumlah besar pengunjung menyaksikan konsert berkenaan.

PERSEMBAHAN BERTENAGA

Lagu-lagu Whitney Houston tidak mudah dibawakan kerana bukan setakat memerlukan penghayatan mendalam, malah tenaga di tahap maksima.

Rashidra membuktikan kemampuannya dengan menyampaikan 18 lagu ‘killer’ tanpa lelah.

Dalam satu temu bual bersama portal antarabangsa, penyanyi asal Virginia, AS ini memberitahu pemanasan vokal adalah kunci bagi kelancaran dalam setiap persembahan nyanyiannya.

“Saya akan buat (pemanasan) kira-kira 10 hingga 30 minit, bergantung kepada jenis persembahan.

“Kecergasan juga penting untuk seorang penyanyi. Bagi saya, senaman rutin penting untuk saya kekal bertenaga ketika membuat persembahan.

“Antara yang saya amalkan adalah yoga dan senaman lain untuk kecergasan yang diperlukan,” katanya yang turut mengamalkan jus halia untuk merawatkan masalah keletihan pita suara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya