Penghormatan Jungkook untuk rapper terkenal

Penghormatan Jungkook untuk rapper terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook merupakan antara selebriti yang paling diperhatikan di seluruh dunia. 

Peminat fanatik tidak akan melepaskan walau sesaat pun agar tidak ketinggalan mengikuti perkembangan terkini artis K-Pop ternama ini. 

Antara perkara terkini yang mencuri tumpuan tentang Jungkook adalah rantai Kentucky bertatahkan berlian yang dipakainya ketika merakamkan foto bersama rapper terkenal, Jack Harlow, baru-baru ini. 

Rantai milik Harlow itu menjadi tular dengan kebanyakan peminat menggeledah maklumat di sebaliknya tidak lama selepas gambar berkenaan dimuat naik di platform media sosial Jungkook. 

Rantai tersebut bukan sahaja mencuri tumpuan peminat, malah francais makanan terkenal, KFC. 

Lapor portal Hypebeast, rantai Kentucky dihasilkan secara eksklusif pereka terkenal, Alex Moss atas permintaan Harlow sendiri. 

Reka bentuk rantai tersebut diinspirasikan dari daerah Kentucky di Amerika Syarikat dengan bertatahkan berlian VVS sebanyak 61 karat yang digabungkan bersama 560 gram emas putih. 

Besar makna di sebalik penghasilan rantai itu. Ia juga dicipta sebagai simbol penghormatan kepada penulis lirik dan komposer, mendiang Static Major yang seperti Harlow, lahir dan membesar di Louisville serta terkenal dengan rantai Kentuckynya sendiri. 

Jungkook secara tidak langsung menyatakan penghormatannya kepada penggiat seni berkenaan dengan menyarungkan rantai tersebut. 

3D 

Peminat menggila selepas Jungkook mengumumkan kerjasama dengan Harlow dalam single terbarunya 3D yang diperdengarkan seluruh dunia semalam. 

Dan gambar Jungkook menyarungkan rantai Kentucky bersama Harlow yang tular itu sebenarnya diambil ketika kedua-dua penyanyi menjalani penggambaran muzik video lagu tersebut, baru-baru ini. 

3D merupakan single kedua Jungkook. Ia heboh diperkatakan sebaik penyanyi berkenaan mempertontonkan teaser muzik videonya di sebuah festival muzik dekat New York 23 September lalu. 

Menariknya, teaser video muzik lagu tersebut menerima 3.4 juta tontonan setelah 23 jam ia ditayangkan di Youtube. 

Menurut agensi pengurusan Jungkook, lagu berentak pop R&B itu memperlihatkan sisi lebih matang penyanyi berkenaan. 

Ia projek terbaharu susulan kerjasama bersama penyanyi rap kelahiran Amerika Syarikat, Latto menerusi lagu Seven.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya