Pengguna berdaftar Touch 'n Go RFID dijangka cecah 4 juta orang - Utusan Malaysia

Pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID dijangka cecah 4 juta orang

CHOW Kon Yeow (kiri), ketika gimik sesi flag off Jelajah Trak Bergerak Touch 'n Go RFID Penang, di George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID dijangka mencecah empat juta orang pada penghujung tahun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn. Bhd., S. Praba berkata, setakat ini pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID telah mencapai tiga juta orang di seluruh negara dan penggunaannya dijangka meningkat sejajar dengan era digitalisasi pada masa ini.

“Setakat sekarang kita ada tiga juta pengguna berdaftar Touch ‘n Go RFID, dan kita jangka boleh tambah satu juta pengguna lagi dalam tempoh setahun lagi.

”Ia menjadikan empat juta pengguna Touch ‘n Go RFID menjelang hujung tahun 2024,” katanya selepas melancarkan kempen Touch n Go Walau Eh Just in Penang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Menurutnya, penggunaan Touch ‘n Go RFID semakin ketara pada masa ini selepas masalah-masalah teknikal berjaya diselesaikan dan penggunaannya juga lancar.

”Kita juga akan terus berbincang dengan pihak kerajaan serta syarikat konsesi untuk bekerjasama bagi menambah lorong penggunaan Touch ‘n Go RFID,” katanya.

Dalam pada itu, Praba berkata, menerusi kempen Touch n Go Walau Eh Just in Penang, pihaknya menumpukan perhatian untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat di negeri ini bagi meningkatkan lagi penggunaan Touch ‘n Go RFID.

Katanya, Pulau Pinang dipilih menjadi lokasi pertama kempen tersebut kerana penggunaan Touch ‘n Go RFID di negeri ini dicatatkan paling tinggi.

“Purata peratusan penggunaan di seluruh negara adalah 20 peratus, kita nampak pengguna Touch ‘n Go RFID di Pulau Pinang adalah tinggi iaitu sekitar 26 hingga 28 peratus.

”Jadi kita mahu tingkatkan lagi jumlah pengguna sejajar dengan Penang Digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya