Pengerusi Viva Palestina Malaysia tampil mohon maaf

Pengerusi Viva Palestina Malaysia tampil mohon maaf

RIBUAN orang awam yang hadir sambil membawa bendera negara Palestin dan sepanduk bagi memberi sokongan semasa menyertai Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka di sini hari ini.-UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjur ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka semalam tampil memohon maaf kepada semua pihak ekoran penganjuran himpunan aman itu yang tidak menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd. Nordin berkata, beliau amat memahami terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara penganjuran perhimpunan tersebut.

Sebaliknya kata Dr. Musa, pihaknya mahu perhimpunan itu menjadi inklusif untuk semua rakyat yang dihadiri terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami. Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami,” katanya dalam akaun X hari ini.

Semalam, ramai peserta perhimpunan meluahkan kekecewaan terhadap penganjuran himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka apabila mereka didakwa ditegah bertakbir dan larangan membawa plakad tertentu.

Ketika perhimpunan, segelintir peserta antaranya membawa plakad memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan slogan ‘Netanyahu Penjenayah Perang’.

Himpunan itu dianjurkan VPM dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bagi menunjukkan tanda solidariti kepada penderitaan rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Dr. Musa menegaskan tidak timbul sebarang isu mengenai laungan takbir kerana bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin turut melaungkan takbir ketika berucap di samping ramai peserta lain melakukan perkara sama.

“MC (juruacara majlis) hanya mengingatkan bahawa ini adalah perhimpunan berbilang agama dan kita patut membuat nyanyian yang semua orang boleh sertai,” katanya.

Mengulas larangan plakad tertentu, Dr. Musa menjelaskan semua harus menghormati adab dan kesopanan dalam perhimpunan itu selaras dengan arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dianjurkan selaras objektif pehimpunan kemanusian.

“PDRM memberi arahan yang jelas kepada pasukan keselamatan kami untuk mengambil tindakan pantas terhadap ucapan kebencian, poster dan ejen provokatif yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan kemanusiaan dan aman kami,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya