Pengendali aplikasi TikTok dipanggil jelas isu iklan, kandungan 

Pengendali aplikasi TikTok dipanggil jelas isu iklan, kandungan 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil pengendali aplikasi TikTok bagi memberi penjelasan berhubung beberapa isu berkaitan iklan dan kandungan di platform terbabit.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada gedung perniagaan, orang awam serta agensi media yang terkesan dengan isu pengiklanan platform tersebut.

“Banyak syarikat berbelanja untuk iklan di TikTok, bukan di media (organisasi media tempatan). Ia memberi kesan kepada industri (media) tempatan serta organisasi media,” katanya dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.

Fahmi berkata, beliau juga akan mengarahkan kementeriannya serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi berkaitan untuk meneliti asas tindakan pengharaman aplikasi TikTok oleh Kerajaan Indonesia.

Jelas beliau, pihaknya akan memanggil wakil TikTok dalam masa terdekat kerana kerjasama pengendali aplikasi itu terhadap pihak kerajaan tidak memuaskan ketika ini.

“Sebagai contoh, penyebaran isu virus X di aplikasi itu yang mencecah lebih 1.5 juta tontonan dan apabila kita panggil orang (pengendali) TikTok, mereka tidak ambil tindakan. 

“Walhal,  Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menangkis dakwaan jururawat perlu divaksin kerana ia (virus X) belum ada cuma kenyataan sebelum ini sebagai pemakluman bagi kita siap sedia, ambil pengajaran isu Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, beberapa isu termasuk data peribadi akan diteliti kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas membabitkan aplikasi terbabit berhubung isu berkenaan.

“Ini kerana terdapat aduan mengenai harga produk, maklumat peribadi serta kandungan yang kita ‘like’ dan kongsi termasuk aspek kepenggunaan.

“Ada beberapa isu wajar perlu diperjelaskan antara pengendali aplikasi itu dan pihak kementerian (KKD),” katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan TikTok secara rasmi menamatkan perkhidmatan beli-belah online di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah untuk melindungi perniagaan tempatan.

Malah, aplikasi itu tidak membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya