Peneroka harap insentif, duit raya - Utusan Malaysia

Peneroka harap insentif, duit raya

SELAIN penjawat awam, peneroka tanah rancangan Felda juga antara penyumbang kepada pendapatan negara melalui pengeluaran minyak sawit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Golongan peneroka Felda berasa seakan-akan dipinggirkan apabila tiada pengumuman pemberian insentif dan duit raya dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ke­tua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, selain penjawat awam, peneroka juga antara penyumbang kepada pendapatan negara melalui pengeluaran minyak sawit.

“Peruntukan dalam Belanjawan 2024 yang menyediakan RM2.4 bi­lion kepada Felda, Felcra Berhad (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) sangat baik, tetapi ia hanya untuk bantu pengurusan Felda.

“Golongan peneroka sendiri seolah-olah tidak dapat apa-apa seperti dinikmati penjawat awam yang menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam RM2,000.

“Soal kata peneroka Felda sudah dapat macam-macam daripada kerajaan itu soal lain. Ini soal insentif dan duit raya yang turut dinikmati pihak lain khususnya penjawat awam. Ia pen­ting sebagai hadiah penghargaan kerajaan kepada peneroka hasil titik peluh kami sebagai antara penyumbang penting ekonomi negara,” kata­nya di sini semalam.

RAZAK DAUD

Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 berkata, golongan itu sudah lama tidak menerima insentif dan duit raya seperti dinikmati sebelum ini.

“Melalui hasil sawit peneroka yang diniagakan, Felda dapat berbi­lion untung setiap tahun, harga sawit tidak stabil ketika ini. Jadi inilah masanya Felda dan kerajaan kaji semula tentang duit raya yang dahulunya menjadi kegembiraan peneroka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya