Penduduk kampung Ulu Tembeling mahu jalan

Penduduk kampung Ulu Tembeling mahu jalan tar

KEADAAN jalan berlopak di Kampung Semena berdekatan Kampung Bantal Seberang di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 2,000 penduduk empat kampung Melayu pesisir Sungai Tembeling, Ulu Tembeling memohon kerajaan menyiapkan segera jalan berturap tar laluan masuk ke kampung itu bagi keselesaan mereka mengangkut hasil pertanian serta ke bandar Jerantut.

Pada masa yang sama, penduduk di Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal Seberang, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai berkata, jalan berturap dapat memberi keselesaan kepada pengunjung yang beriadah di kawasan

Ulu Tembeling antara lokasi pertumbuhan baharu pusat pelancongan di Pahang.

Jalan masuk ke kampung itu dari jalan raya utama Kuala Tahan ke Mat Daling yang belum diturap tar, iaitu Kampung Mat Daling dan Kampung Bantal Seberang sejauh lima kilometer dan Kampung Kuala Sat, kira-kira dua kilometer manakala jalan ke Kampung Gusai belum dibina.

Penduduk serta pengunjung merungut apabila kerap berdepan laluan agak sukar di beberapa tempat seperti dipenuhi kerikil, berlubang akibat hakisan musim tengkujuh dan berbukit sehingga ada kenderaan terkandas ketika musim hujan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Bantal, Jamalizan Buang, 45, berkata, kerajaan Pusat silih berganti tetapi laluan itu masih di takuk lama tanpa diturap tar sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk.

“Sewajarnya isu jalan perlu diselesaikan segera kerana sepatutnya kemudahan ini antara keutamaan kerajaan untuk memajukan pembangunan ekonomi berasaskan pertanian dan pelancongan di Ulu Tembeling.

“Penduduk di sini menanti kerajaan menurap tar bagi menggantikan laluan berkerikil yang mengundang risiko keselamatan penunggang motosikal khususnya ketika memunggah hasil kampung ke tempat jualan dan bandar Jerantut,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk Kampung Bantal, Romizan Mat Tahar, 42, berkata, laluan masuk ke kampung itu semakin sibuk di tambah lagi ramai pelawat domestik malah pelancong ‘Mat Salih’ kerap bercuti ke situ.

“Menurap tar tidaklah membabitkan kos yang tinggi kerana jaraknya singkat dari jalan raya utama Kuala Tahan ke Mat Daling sekali gus memberikan kemudahan selesa kepada pengunjung melawat keindahan alam semula jadi dan budaya tradisional penduduk Melayu Ulu Tembeling,” katanya.

Tambah Romizan, dengan mempercepatkan pembinaan jalan tar ke kampung pesisir Sungai Tembeling mampu mengorak kemajuan berasaskan pertanian dan pelancongan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya