Pencarum sedang terdesak, Akaun Fleksibel KWSP cuma realistik jangka panjang - Utusan Malaysia

Pencarum sedang terdesak, Akaun Fleksibel KWSP cuma realistik jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) yang dibentangkan semalam disifatkan hanya realistik untuk jangka masa panjang, sedangkan pencarum terdesak memerlukan pengeluaran kecemasan sekarang bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd. Tahir berkata, sekiranya Akaun Fleksibel dijadikan sebagai Akaun 3 dan mengambil beberapa peratus daripada jumlah potongan gaji bulanan, maka kadar itu masih rendah.

“Misalnya potongan gaji bulanan ditambah potongan majikan untuk caruman KWSP secara purata berjumlah RM600. Sekiranya 10 peratus daripada RM600 itu disimpan di Akaun 3, dengan jumlah simpanan RM60 ini mahu dikumpul berapa lama?

“Pencarum terdesak memerlukan sekarang dan dan jika ini cadangannya, baik pencarum buat simpanan sendiri RM60 dan bila cukup untuk keperluan baru dikeluarkan.

“Malah, kepada mereka yang lama tidak mencarum seperti suri rumah, bagaimana mereka mahu menyimpan sedangkan mereka tiada pendapatan dan disaran jika ada wang buat simpanan di KWSP untuk kegunaan kecemasan nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PGRIM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, cadangan yang diberikan itu kelihatan mudah, tetapi mempunyai banyak kebaikan dan keburukan.

Justeru katanya, satu kajian secara menyeluruh perlu dilakukan serta tidak hanya mengambil kira pencarum yang mempunyai potongan KWSP, tetapi juga peniaga yang mempunyai pendapatan yang tidak stabil untuk membolehkan mereka membuat simpanan.

“Mohon pihak kerajaan dan KWSP berikan perincian lengkap dan perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak untuk merealisasikannya.

“Jangan cadang tanpa perbincangan apa pendekatan terbaik, kemudian laksanakan kerana ini yang menyebabkan keciciran dan ketidakseimbangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya