Penantian pesawah berakhir - Utusan Malaysia

Penantian pesawah berakhir

SEORANG pesawah, Zulkifli Abu Seman (kiri) bersama rakan-rakannya menonton Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui telefon pintar sementara menunggu jentera mesin padi mengumpul hasil sawah mereka di Kampung Jejawi Dalam, Arau, Perlis. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan metrik sekurang-kurangnya membantu pesawah menambah pendapatan masing-masing.

Dengan kenaikan itu, mereka mampu memperoleh pendapatan RM1,800 bagi hasil satu tan metrik selepas ditambah subsidi RM500.

Lazimnya hasil per hektar pesawah di negeri ini sekitar empat ke lima tan metrik dengan mereka mampu menjana pendapatan sekitar RM7,200 selepas ditolak kos RM1,800 bagi keluasan tanaman satu hektar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pesawah, Mohd. Nazri Subuh, 48, berkata, keputusan kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi itu amat dinanti-nantikan pesawah setelah hampir 10 tahun harga lantai tidak dikaji.

Katanya, kenaikan tersebut secara tidak langsung memberi sedikit ruang kepada pesawah ‘bernafas’ selepas terkesan kenaikan harga input pertanian.

“Selepas ditolak kos mesin padi, benih, traktor dan beberapa kos lain, pesawah masih mampu meraih keuntungan dengan kenaikan harga belian padi ini. Terima kasih kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendengar keluhan pesawah.

“Kos mesin padi sebelum ini sudah hampir RM500, kos traktor sekitar RM600 dan benih padi pula antara RM300 ketika harga masih RM35. Campur-campur semua termasuk kos-kos lain sudah mencecah hampir RM1,800 bagi tanaman berkeluasan satu hektar.

“Menerusi kenaikan harga belian padi ini, sekurang-kurang pesawah mampu meraih lebih pendapatan,” katanya.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat memberitahu, kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan metrik bagi meningkatkan pendapatan pesawah.

Sementara itu Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shaz­wan Suban berkata, langkah kerajaan menaik taraf infrastruktur pengairan di kawasan MADA Perlis dan Kedah dengan pelaburan bernilai RM3 bilion sangat memberi kelegaan kepada pesawah.

Katanya, hal demikian kerana masalah infrastruktur khusus­nya melibatkan saliran antara isu yang sering menghantui para pesawah selama ini sekali gus merencatkan usaha mereka untuk meningkatkan hasil tanaman padi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya