Pemuda didakwa hilang selepas COD Iphone di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Pemuda didakwa hilang selepas COD Iphone di Pulau Pinang

TANGKAP layar Instagram milik Eyraswan Ramadan yang memaklumkan mengenai kehilangan anak saudaranya Muhammad Daniel Haikal yang didakwa kali terakhir berada di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang pemuda berusia 27 tahun, Muhammad Daniel Haikal didakwa hilang selepas menjalankan urusan penjualan telefon bimbit, Iphone dengan pelanggan yang tidak dikenali di negeri ini.

Menerusi laman sosial Instagram ibu saudara pemuda tersebut, Eyraswan Ramadan meminta orang ramai membantu mencari anak buahnya itu yang tidak pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu.

Daripada tangkap layar log aktiviti, kali terakhir Muhammad Daniel dikesan berada di kawasan George Town, di sini.

Eyraswan berkata, anak saudaranya itu ada membuat panggilan video kepada tunangnya untuk meminta pertolongan.

”Dia VC (video call) tunang dia di FB dan minta tolong selamatkan dia, sambil berlari-lari untuk mencaro jalan keluar dari tempat tersebut.

”Tetapi VC termati sebab telefon dia habis bateri dan dia tidak sempat beritahu di mana lokasinya,” katanya di Instagram.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan Muhammad Daniel Haikal yang dikatakan tidak dapat dikesan selepas dia menghantar Iphone kepada pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, setakat ini polis daerah Timur Laut tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya