Pemain dram Dewa 19 buat penonton tak senang duduk - Utusan Malaysia

Pemain dram Dewa 19 buat penonton tak senang duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Setiap kali pemain dram kumpulan Dewa 19, Tyo Nugros, muncul di layar, seisi stadium Axiata Area betukar gamat dengan sorakan penonton.

Tyo Nugros yang sudah mencecah usia 53 tahun itu mencuri tumpuan penonton semasa persembahannya di konsert A Night At The Orchestra Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Jumaat malam lalu.

Selepas konsert, nama dan video Tyo Nugros turut menjadi tular. Situasi sama yang pernah terjadi kepadanya semasa konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 tahun lalu.

Ditanya apakah perasaannya apabila sekali lagi menjadi topik perbualan warganet, Tyo senyum malu-malu.

“Sebenarnya semua itu terpulang kepada jurukamera,” jawabnya ringkas.

Sementara itu, komposer dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memdedahkan akan pembantu yang mencuit kaki Tyo setiap kali wajahnya muncul di layar.

“Akan ada yang cuit kakinya. Supaya ketika bermain dram dia akan senyum,” selorohnya.

Persembahan Dewa 19 malam tadi turut diiringi pasukan orkestra Malaysia seramai 54 orang yang disifatkan Ahmad Dhani sebagai lebih baik berbanding pemuzik orkestra Indonesia.

Band gergasi itu akan menyampaikan 34 buah lagu seperti Pupus, Hadapi Dengan Senyuman, Roman Picisan, Risalah Hati, Arjuna, Kangen dan banyak lagi.

Turut sama memeriahkan konsert ialah Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Amir Masdi sebagai tetamu undangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya