Pelaburan RM32 bilion jadikan Tanjong Malim hab automotif global NEV - PM

Pelaburan RM32 bilion jadikan Tanjong Malim hab automotif global NEV – PM

ANWAR Ibrahim menyaksikan pemeteraian perjanjian kolaborasi utama antara DRB-HICOM dan Geely sebagai komitmen kedua-dua pihak dalam sama-sama menjayakan AHTV. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Automotif Lembah Teknologi Tinggi (AHTV) dengan pelaburan berjumlah RM32 bilion bakal mengubah Tanjong Malim di Perak menjadi sebuah hab automotif global untuk kenderaan tenaga baharu (NEV).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek yang dipelopori syarikat Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely) bersama-sama DRB-HICOM Berhad akan dikembangkan mencakupi pembangunan bakat, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembandaran.

“Sokongan Kerajaan Perpaduan serta kelancaran projek ini menjadi contoh kepada pelabur-pelabur terhadap pendekatan Malaysia dalam memudah cara pelaburan dengan cekap dan segera. Semoga projek ini berjaya seperti yang dirancang, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan dalam media sosial.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke Proton City, Tanjong Malim, Perak bagi mempengerusikan mesyuarat projek AHTV bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Anwar juga menyaksikan pemeteraian perjanjian kolaborasi utama antara DRB-HICOM dan Geely sebagai komitmen kedua-dua pihak dalam sama-sama menjayakan AHTV.

Beliau turut menyaksikan pemeteraian dasar-dasar utama perjanjian antara Altel dan syarikat pelaburan strategi Geely, Geespace Technology.

Ia memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan sistem teknologi tinggi serta memangkin pelaksanaan penyelesaian inovatif bagi sektor-sektor seperti pelabuhan pintar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya