Pekerja am direman, rogol anak kandung  - Utusan Malaysia

Pekerja am direman, rogol anak kandung 

SUSPEK kes rogol anak kandung perempuannya (depan, kanan) diiring polis keluar dari Mahkamah Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pekerja am di daerah ini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki merogol anak kandung perempuannya yang berusia 13 tahun kira-kira dua minggu lalu. 

Perintah reman dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi memboleh pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, perbuatan terkutuk lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas anak sulung daripada dua beradik itu mengadu kepada jirannya, sebelum laporan polis dibuat. 

“Remaja perempuan tersebut mendakwa perbuatan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu oleh bapanya sendiri. Dia mungkin tidak berani mengadu kepada ibunya, sebaliknya mengambil keputusan bercerita kepada jirannya. 

“Kita berjaya menahan suspek petang semalam dan hasil pemeriksaan urin mendapati suspek bebas dadah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.  

Hanyan berkata, kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan berdasarkan laporan perubatan, terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. 

“Remaja ini mungkin terdorong untuk mendedahkan perbuatan bapanya selepas pihak polis sentiasa ke sekolah mendekati pelajar menerusi kempen cegah bersama Jabatan Pendidikan dan kita minta supaya pelajar yang menjadi mangsa buli, penderaan dan keganasan untuk tampil membuat aduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya