PBSM Selangor bersedia hadapi banjir

PBSM Selangor bersedia hadapi banjir

TENGKU Sulaiman Sultan Salahuddin Abdul Aziz menerima replika cek untuk disalurkan kepada  Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Selangor melengkapkan aset bencana menerusi hasil kutipan orang ramai dan badan korporat sebagai langkah persiapan menghadapi musibah banjir di negeri ini.

Pengerusinya, R. Nanthakumar berkata, ia sejajar langkah proaktif pihaknya menghadapi bencana termasuk melatih para sukarelawan dan memberi kesedaran kepada orang sebagai persiapan menghadapi bencana di samping membeli aset-aset yang sesuai selaras dengan keperluan semasa.

“Para sukarelawan juga turut dilatih dari masa ke semasa dalam pelbagai bidang pengoperasian bencana. Bagi mempelajari teknik-teknik mutakhir dalam pengoeprasian bencana, manakala terdapat sukarelawan dihantar ke luar negara untuk mempelajari teknik-teknik baharu sebagai persiapan menghadapi bencana.

“Ini adalah selaras dengan tujuh prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia iaitu kemanusiaan, kebebasan, kesaksamaan, keberkecualian, khidmat sukarela dan kesejagatan serta kebersatuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nanthakumar memaklumkan pihaknya menganjurkan Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kutipan Derma Tabung Bencana Peringkat Negeri Selangor pada 14 Oktober lalu yang berlangsung di Bandar Saujana Putra dan dihadiri seramai 873 ahli PBSM dan para penderma.

Katanya, Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah dilantik sebagai sebagai Penasihat Kehormat dalam majlis tersebut.

“Sebanyak 36 syarikat dan penderma individu telah menyampaikan replika cek masing-masing kepada Tengku Sulaiman untuk disampaikan kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor.

“Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli aset baru seperti kereta pacuan, lori dan lain-lain peralatan sebagai persediaan dan kelengkapan bencana. Memandangkan di Selangor sudah terdapat banyak kawasan panas banjir, maka PBSM perlu memperkasa aset bencana sebagai persiapan menghadapi musim banjir negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN