PBAPP sedia kerjasama dengan sekolah laksana penjimatan air - Utusan Malaysia

PBAPP sedia kerjasama dengan sekolah laksana penjimatan air

K. PATHMANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersedia bekerjasama dengan semua sekolah di negeri ini untuk membantu menjimatkan air sekali gus menjimatkan wang.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K. Pathmanathan berkata, antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah pemasangan peranti penjimatan air (WSD) di semua tandas sekolah untuk menjimatkan air secara automatik dengan setiap penggunaan.

Selain itu, tambah beliau, pihak sekolah juga boleh mendidik dan mengingatkan murid-murid supaya mengamalkan tip penjimatan air seperti tidak membiarkan pili air mengalir.

“Mereka juga boleh meminimumkan penggunaan hos semburan dan melaporkan paip atau pili yang bocor kepada pentadbir sekolah dengan segera,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak sekolah dapat
mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan untuk kerja-kerja berkebun, pembersihan dan penyelenggaraan di sekolah.

Jelasnya, pihak sekolah boleh melaksanakan projek penjimatan air sekolah seperti sistem penuaian air hujan yang inovatif untuk menakung air untuk kegunaan berkebun atau memasang sistem tandas yang meminimumkan penggunaan air untuk tujuan pembilasan.

“Pihak sekolah juga perlu membaiki atau menukar semua paip dan pili yang bocor di kawasan sekolah dengan segera dan menghubungi PBAPP untuk menggantikan meter air sekolah lama yang mungkin tidak berfungsi,” katanya.

Tegas beliau, adalah penting bagi Pulau Pinang untuk memupuk budaya penjimatan air kerana negeri itu adalah negeri yang mengalami kekurangan air.

”Kami mempunyai pengalaman dan sumber untuk membantu sekolah-sekolah Pulau Pinang untuk menjimatkan air dan wang.

“Pegawai sekolah boleh menghubungi kakitangan PBAPP untuk mendapatkan sokongan dan bantuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya