Pastikan tiada menderita sakit mental dalam diam - Noor Hisham

Pastikan tiada menderita sakit mental dalam diam – Noor Hisham

NOOR Hisham Abdullah melancarkan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan UCSI dan program PhD dalam bidang Psikologi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu berganding bahu untuk turun ke lapangan dengan mengenal pasti risiko tekenan mental lebih awal bagi memastikan orang ramai tidak menderita dalam diam.

Pengerusi Kumpulan UCSI Healthcare, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu memerlukan kerjasama di peringkat sekolah, organisasi dan kumpulan komuniti termasuk golongan pemikir dunia sekali gus boleh memecahkan halangan dan stigma penyakit mental dalam komuniti.

Kata beliau, kerjasama berkenaan berfungsi sebagai platform dalam pelbagai dimensi aspek kesejahteraan dan kecerdasan emosi.

“Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinasikan kesihatan adalah keadaan fizikal, mental dan kesejahteraan sosial yang lengkap dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan kelemahan seseorang individu.

“Kegembiraan dan kesejahteraan menjadi sangat penting dalam dunia hari ini yang sentiasa bersaing, sentiasa berubah dan semakin kompetitif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun dengan tema dipilih pada tahun ini, ‘Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma’.

Noor Hisham berkata, menurut WHO, keletihan melampau, kemurungan dan keresahan merugikan ekonomi global sekurang-kurangnya AS$ 1 trilion setiap tahun.

Kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu, keadaan ini memberi kesan kepada bidang kehidupan lain seperti hubungan dan kemahiran interpersonal.

Terdahulu beliau melancarkan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan UCSI dan program doktor falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi.

“Marilah kita bersama-sama memulakan perjalanan ini untuk meneroka, memahami dan mempromosikan kesejahteraan untuk semua orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya