Pasar Karat Teluk Intan jadi tumpuan peminat barang antik

Pasar Karat Teluk Intan jadi tumpuan peminat barang antik setiap Ahad

ORANG ramai melihat barang antik yang dijual di pasar karat Teluk Intan pada setiap Ahad. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Barang antik masih laku sehingga ada peminat yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatkannya di pasar karat Jalan Intan 8 di sini setiap Ahad.

Sejak beroperasi pada 2009, jumlah pengunjung ke situ semakin bertambah walaupun peniaga hanya menjalankan perniagaan di kaki lima.

Pelbagai barangan dijual antaranya alat piring hitam, kamera antik, pinggan mang­kuk, jam tangan, wang kertas dam syiling lama, jam din­ding, kasut, buku serta majalah.

Peniaga hanya memasang payung dan membentangkan tikar untuk mempamerkan barangan jualan mereka kepada pelanggan.

Ketua operasi pasar itu, Rosslan Zainudin, berkata, selain pengumpul barang antik, peniaga barang lama dari luar daerah ini menjadikan pasar itu sebagai lokasi berniaga.

Katanya, ada antara peniaga dari Tanjung Malim, Sungai Besar, Batu Gajah, Tapah dan Manjung.

“Pasar karat Teluk Intan semakin dikenali, semakin popular dalam kalangan pengumpul barang antik. Kini sudah ada lebih 50 peniaga di sini yang terdiri daripada pelbagai bangsa kerana barangan antik diminati semua bangsa.

“Setakat ini kami tidak me­ngenakan apa-apa bayaran kepada peniaga bagi membantu mereka kerana bukan semua yang datang ke sini membeli, ada yang datang tengok-tengok sahaja.

“Bagi mereka yang betul-betul peminat barang antik, mereka gemar datang ke sini kerana di sini menawarkan banyak pilihan barangan antik yang jarang dijumpai di tempat lain, ada barang yang sudah berusia lebih 100 tahun di sini, sebab itu mereka suka datang ke sini,” katanya kepada Utusan Malaysia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya