Pasangan suami isteri dirai majlis konvokesyen UMT - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri dirai majlis konvokesyen UMT

MUHAMAD Qamarul Haziman Abdulllah dan Wan Najma Farhaten Wan A Latiff menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-21 di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Sepasang suami isteri yang menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar kenangan manis apabila masing-masing diraikan dalam majlis konvokesyen universiti itu di sini, hari ini.

Muhamad Qamarul Haziman Abdullah dan isterinya, Wan Najma Farhaten Wan A Latiff masing-masing berusia 30 tahun menyifatkan proses menamatkan pengajian itu adalah satu perjuangan yang sangat getir dalam hidup mereka.

Muhamad Qamarul Haziman berkata, pengurusan masa amat penting, sifat sabar selain nilai tolak ansur antara satu sama lain sepanjang proses pengajian.

“Nampak mudah, tetapi ada masa memang rasa nak menangis. Untuk sampai ke tahap ini memang perlu banyakkan sabar dan bijak kawal tekanan. 

“Memandangkan kami belajar sambil bekerja jadi banyak waktu berehat atau bersama keluarga terpaksa dikorbankan. Perjalanan pengajian kami tidak mudah disebabkan tiada geran tersedia kerana dana MyBrain untuk Sains Gunaan dihentikan, namun kami berjaya mendapat tajaan dan pinjaman bersyarat daripada Yayasan Bank Rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.

Pasangan suami isteri itu adalah antara 2,382 graduan UMT yang menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini yang berlangsung selama tiga hari bermula bermula hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar.

Beliau yang berjaya menamatkan pengajian program Sarjana Sains Makanan, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan berkata, tempoh  pengajian turut terganggu akibat serangan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

“Kami juga diuji dengan pelaksanaan Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 yang merencatkan proses penghantaran tesis.

“Namun, saya dan isteri sangat bersyukur kerana segala susah payah yang dilalui bersama beberapa tahun dulu telah pun dapat kami nikmati hari ini dan ia satu perjuangan yang sangat indah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya