Pasang bendera gergasi tanda sokongan terhadap Palestin - Utusan Malaysia

Pasang bendera gergasi tanda sokongan terhadap Palestin

PENDUDUK Flat Jalan Sungai di George Town, Pulau Pinang memasang bendera gergasi Palestin sepanjang 15 meter bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat negara itu yang dizalimi regim Zionis semalam. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan umat Islam Palestin yang berterusan dizalimi tentera Israel, sekumpulan penduduk di Flat Jalan Sungai di sini, serta ahli-ahli Pertubuhan Anak Muda Pulau Pinang sepakat mengibarkan bendera Palestin di flat tersebut bermula semalam.

Mereka mengambil inisiatif membuat sendiri bendera gergasi Palestin sepanjang 15 meter dan menggantungnya bersama-sama di flat berkenaan.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Anak Muda Pulau Pinang, Muhammad Nayim Othuman Mydin, mereka memasang bendera itu atas rasa tanggungjawab sebagai Muslim untuk menegakkan Islam dan membantu sesama umat.

PENDUDUK Flat Jalan Sungai di George Town, Pulau Pinang memasang bendera gergasi Palestin sepanjang 15 meter bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat negara itu yang dizalimi regim Zionis semalam. – Pic: IQBAL HAMDAN

”Program ini adalah cetusan idea seorang rakan dan kami memutuskan untuk menjalankan kutipan derma bagi menyiapkan sendiri bendera Palestin sepanjang 15 meter ini.

”Kami bersyukur kerana penduduk setempat turut menyambut baik hasrat ini dan mereka bersama-sama menyumbang masa serta tenaga bagi menjayakan program ini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 200 penduduk setempat terlibat memasang bendera gergasi itu di kawasan flat tersebut.

”Ini adalah isyarat kepada dunia luar bahawa kami menentang kezaliman tentera Israel terhadap penduduk di Palestin.

”Kami berdiri teguh bersama-sama perjuangan Palestin untuk mendapatkan hak mereka dan kami berharap keganasan ke atas mereka dihentikan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Shafiz Rahim berkata, anak-anak muda di Pulau Pinang bersatu padu dan menentang keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

”Perhimpunan, solat hajat untuk Palestin juga diadakan bagi menunjukkan kita berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang dizalimi.

”Kutipan dana untuk Palestin turut dilancarkan dan kita harap rakyat negeri ini tanpa mengira agama dan kaum dapat bersama-sama menyokong perjuangan Palestin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya