Pas lancar kutipan dana Palestin  - Utusan Malaysia

Pas lancar kutipan dana Palestin 

SEORANG petugas menjalankan kutipan dana #Aid4Palestine2.0 selepas dilancarkan di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MARANG : Prihatin dengan kesengsaraan dialami penduduk Palestin yang ditindas rejim penjajah Israel, Pas hari ini melancarkan kutipan dana #Aid4Palestine2.0 di Terengganu untuk membantu saudara seagama.di negara itu.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, orang ramai diharap dapat menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan mereka untuk membantu rakyat Palestin yang teraniaya.

Menurutnya, ia juga sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia khususnya di Terengganu dalam membantah siri kekejaman yang berterusan dilakukan rejim zionis kepada Palestin terutama di Gaza ketika ini.

“Kutipan dana #Aid4Palestine ini melibatkan kira-kira 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai visi sama untuk membantu rakyat Palestin.

“Pada tahun tahun 2021, kita berjaya kumpul dana sebanyak RM20 juta melalui kutipan seperti ini dan berharap sumbangan kali ini juga akan dapat mengumpul jumlah yang banyak untuk membantu rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dana  #Aid4Palestine2.0 di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Tabung dana tersebut akan diletakkan di beberapa lokasi strategik seperti masjid, surau dan pasar serta tempat tumpuan orang ramai.

Tambahnya, Pas menyasarkan kutipan dana awal sebanyak RM1 juta di Terengganu melalui tabung tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya