PARLIMEN: Tiada titik buta CCTV syarat wajib operasi taska 

PARLIMEN: Tiada titik buta CCTV syarat wajib operasi taska 

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mensyaratkan pengusaha perlu memastikan tiada titik buta terhadap pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam pengoperasian taska. 

Pemasangan CCTV itu bagaimanapun terkecuali di kawasan tertentu iaitu tempat privasi bilik air dan tempat persalinan pakaian.

Syarat itu setelah kerajaan  mengenal pasti terdapat kelompangan menyaksikan keperluan pengoperasian CCTV tidak diperinci sebelum ini. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengusaha perlu memastikan CCTV berfungsi sepanjang tempoh kanak-kanak berada dalam taska walaupun hanya seorang kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka.

“Pengusaha perlu memastikan rakaman CCTV disimpan bagi satu tempoh jangka masa yang munasabah.

“Pasukan Penguatkuasaan akan memantau pematuhan terhadap peraturan-peraturan ini melalui lawatan mengejut apabila kesemua peraturan baru ini dilaksanakan sepenuhnya,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse [PH-Tebrau] mengenai langkah diambil kementerian bagi mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat dan bantuan yang akan diberi kepada kanak-kanak didera selepas mereka ditemui.

Sementara itu, kata Nancy, tiga agensi akan berbincang bagi meneliti cadangan memperketat dan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon yang mahu bekerja sebagai pengasuh bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak.

Katanya, JKM akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperketat proses saringan pengambilan pengasuh di taska dan pusat jagaan. 

“Kita juga akan bersama pengusaha taska melihat calon pengasuh ini menjalani ujian psikometrik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya