Pelajar sekolah Cina bawa senjata mainan tiada masalah pula?

(PARLIMEN) Pelajar sekolah Cina bawa senjata mainan tiada masalah pula?

AHMAD Fadhli Shaari bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Pas membangkitkan persoalan jika wujud situasi berat sebelah ketika ada sekolah menganjurkan program menyaksikan pelajarnya menunjukkan senjata mainan tanda solidariti terhadap rakyat Palestin. 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Selangor sebaliknya menganjurkan program yang menunjukkan pelajarnya membawa senjata mainan.

Katanya, program itu diadakan pada 20 Oktober lalu dan tular seketika di media sosial, namun, semakan mendapati hantaran tersebut telah dipadam.

“Kalau yang terlibat dengan solidariti Palestin dianggap ganas, bagaimana pula senjata mainan dalam bentuk (kostum) adiwira, dalam komik dan sebagainya dianggap tidak mengapa? Ini satu pandangan berat sebelah,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. 

Dalam pada itu, beliau mempertahan tindakan pihak sekolah yang menggunakan senjata mainan sebagai peralatan pada satu program solidariti untuk Palestin, baru-baru ini. 

Katanya, langkah pihak sekolah berkenaan menganjurkan program tersebut bertujuan mendidik pelajar memahami makna perjuangan.

Beliau juga membidas kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menciap mengenai rakaman video tular sebagai berbahaya.

“Pada saya ini menampakkan wajah sebenar sebahagian pemimpin yang ada dalam kerajaan, kononnya bila anak-anak membawa senjata mainan ini mengajar mereka erti keganasan. 

“Tetapi, ia hanya satu kaedah mengajar mereka mengenai perjuangan yang sedang ditegakkan di bumi Palestin,” katanya. 

Pada 28 Oktober lalu, Kor Ming dalam ciapannya menyatakan pandangan bahawa sekolah bukanlah tempat untuk berkonflik atau menanam fahaman ekstremisme.

Dalam hantaran tersebut, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu turut mengepilkan gambar dua murid bersama kain melilit kepala sambil memegang senjata mainan.

Beberapa hari lalu, tular rakaman video pendek menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berpakaian seperti pejuang Palestin bersama senapang mainan dalam sebuah program.

Ia mengundang kritikan sesetengah pihak dan dianggap sebagai mempromosi keganasan.

Program berkenaan dilaporkan berlangsung di luar dari tempoh sambutan Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 29 Oktober hingga 3 November ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya