PARLIMEN: Mindef perlukan enam radar pantau Pantai Timur Sabah  - Utusan Malaysia

PARLIMEN: Mindef perlukan enam radar pantau Pantai Timur Sabah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan (Mindef) memerlukan enam radar sistem pemantauan pesisir pantai (CSS) di Pantai Timur Sabah yang memakan kos sebanyak RM57 juta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi mengisi kelompongan semasa kerana terdapat radar rosak dan tidak dapat dibaiki semula.

Katanya, terdapat lima radar CSS iaitu AESA SPEXER 2000 mengalami kerosakan dan tidak ekonomi untuk dibaiki dan semua peralatan itu sudah ditanggalkan untuk proses pelupusan.

“Kerajaan mengenal pasti keperluan bagi menutup sepenuhnya kelompongan di kawasan terbabit dengan melaksanakan perolehan sebanyak enam radar CSS iaitu lima penggantian dan satu penambahan radar baharu.

“Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM57 juta diperlukan bagi keseluruhan perolehan radar berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai status pembaikan dan penggantian radar pesisir pantai di Sabah.

Katanya, terdapat lapan radar baharu selesai menjalani kerja naik taraf pada 16 September lalu, membabitkan Radar CSS 1206.

Mohamad berkata, Mindef juga sedang dalam proses membuat perolehan satu lagi radar jarak jauh yang akan diletakkan di kawasan Pulau Layang-Layang di Sabah.

“Kita juga sekarang dalam proses perolehan mendapatkan satu lagi radar jarak jauh, akan diletakkan di kawasan Layang-Layang.

“Ini berikutan kawasan di Labuan tidak boleh nampak (kawasan) yang jauh. Kita perlu radar jarak jauh di kawasan ini supaya dapat jangkau kawasan maritim Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya