PARLIMEN: Lebih banyak peluang pekerjaan untuk bekas banduan

PARLIMEN: Lebih banyak peluang pekerjaan untuk bekas banduan selepas ini 

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada bekas banduan bagi menggantikan tenaga pekerja asing di negara ini. 

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, peluang pekerjaan kepada bekas banduan itu memandangkan mereka yang sudah selesai menjalani hukuman kecil masih produktif untuk bekerja.

Katanya, banyak usaha diambil Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ia dilaksana melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), malah, banyak latihan juga diberikan.

“Kita boleh menggunakan tenaga mereka untuk menggantikan pekerja asing. 

“Ramai juga (bekas banduan) diberi peluang pekerjaan. Mereka yang ada dalam penjara diberi latihan dan mereka yang keluar dari penjara selepas menjalani latihan juga sudah ditempatkan di alam pekerjaan,” katanya pada waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan RSN Rayer [PH-Jelutong] yang ingin tahu jika kerajaan merancang menjadi pemudah cara antara majikan dan pihak penjara untuk mengadakan persefahaman yang membenarkan bekas banduan menggantikan pekerja asing. 

Kata Sivakumar, ia merangkumi pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) aktif berjumlah 1,830,828 orang, pekerja asing yang belum memasuki negara seramai 152,158 orang dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 seramai 747,167 orang.

“Penggunaan pekerja asing adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi sektor tertentu yang sukar diisi tenaga buruh tempatan. Justeru, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi menggalakkan tenaga kerja tempatan menceburi pekerjaan dalam sektor yang didominasi pekerja asing.

“KSM menggalakkan industri supaya beralih kepada penggunaan automasi, mekanisasi dan pendigitalan yang dapat mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi, sekali gus kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah dapat dikurangkan secara berperingkat,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya