Parlimen: Kos selesai masalah jerebu sangat besar

Parlimen: Kos selesai masalah jerebu sangat besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberitahu telah membelanjakan kos yang ‘sangat besar’ untuk menangani pencemaran kualiti udara dalam negara akibat jerebu rentas sempadan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah kos sebenar yang telah digunakan.

NIK NAZMI NIK AHMAD

“Tentang kos ini saya akan beri secara bertulis. Namun, kos ini sangat besar kerana melibatkan kesan kepada kesihatan rakyat. Kita lihat dalam dua hari lalu peningkatan kemasukan pesakit dua kali ganda sejak kualiti udara telah terjejas.

“Apabila diterjemah dalam hari-hari bekerja, di mana beberapa operasi terpaksa dibatalkan contohnya pada 2015, 2019 beberapa acara besar berdepan pembatalan kerana jerebu, jadi tentulah kosnya sangat ketara.

“Ramai berpendapat pendekatan masa ini tidak mencukupi untuk kita tangani. Namun, kerajaan percaya sememangnya ASEAN ini, kita dapat bergerak dengan lebih baik jika bergerak bersama-sama, tapi perlu ada pendekatan baru dan terbuka untuk ambil tindakan,” katanya semasa waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad [PN-Bagan Serai] berhubung kos yang dibelanjakan kerana terdapat 116 titik panas dikesan menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat di Malaysia.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, kerajaan masih mengkaji kebolehlaksanaan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan seperti yang dicadang beberapa pihak sebelum ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Yeo Bee Yin [PH-Puchong] bagaimana kerajaan boleh memasukkan beberapa klausa, bagi memastikan akta tersebut dilaksana lebih berkesan berbanding Singapura.

Bagaimanapun, beliau lebih menumpukan kepada usaha kebersamaan ASEAN untuk meneliti Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) yang mana ia disifatkan agak radikal.

“Perjanjian ini bergerak di luar kerangka kedaulatan mutlak yang selama ini menjadi pegangan ASEAN. Kita lihat apa limitasinya?

“ASEAN bercakap tentang bebas jerebu 2023, tetapi bagaimana cara kita boleh mencapai wawasan itu tanpa memperbaiki perjanjian seperti AATHP,” katanya.

Jelasnya, Nik Nazmi lebih tertarik dengan merujuk perjanjian dimeterai antara Kanada dan Amerika Syarikat (AS) pada 1991 yang mana pendekatan itu mampunyai suruhanjaya dan jawatankuasa mewakili dua negara.

“Ada keterbukaan melihat perkara ini secara menyeluruh. Tetapi, kalau berdepan keadaan negara yang enggan beri kerjasama maka susah untuk meneruskannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya