Pas tidak fail rayuan pembatalan kemenangan Parlimen Kemaman

Pas tidak fail rayuan pembatalan kemenangan Parlimen Kemaman, bakal buka laluan kepada satu lagi PRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Satu lagi pilihan raya kecil (PRK) mungkin akan diadakan apabila Pas tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas sedang menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah seterusnya.

Katanya, keputusan diambil setelah Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis mengesahkan dalam sesi pengurusan kes melalui sidang video (zoom) pada hari ini bahawa keputusan Yang Arif Hakim dalam kes Petisyen Kemaman adalah sama seperti mana keputusan dalam kes Petisyen Kuala Terengganu.

“Sehubungan dengan itu Pas menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya berdasarkan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan daripada keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Che Alias yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Charles Fernandis membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pempestiyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul.

Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Semasa PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh sebanyak 65,714 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya