Pantun warisan hiasi lapan pintu masuk ke Melaka

Pantun warisan hiasi lapan pintu masuk ke Melaka

AB. RAUF Yusoh (tiga dari kiri) menyempurnakan Majlis Apresiasi Anugerah Pendidikan, Pertandingan Pantun dan Pertandingan Melestarikan Sejarah Sekolah Berasaskan Nama Tokoh Tersohor Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pantun warisan yang dihasilkan pelajar sekolah akan menghiasi lapan pintu masuk ke negeri ini menjelang sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kesemua pantun yang memenangi pertandingan pantun peringkat sekolah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan disaring bagi memilih lapan terbaik untuk dipaparkan di semua pintu masuk.

Beliau berkata, antara pintu masuk tersebut adalah Plaza Tol Ayer Keroh, Plaza Tol Simpang Ampat dan Plaza Tol Jasin serta beberapa lokasi lain.

“Pantun-pantun yang akan dipilih nanti adalah untuk tatapan orang ramai dan juga sebagai pengiktirafan kepada murid-murid yang berjaya menghasilkan pantun-pantun tradisional ini.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan memperkenalkan inisiatif ‘Satu Kampung Satu Pantun’ bagi menggalakkan komuniti di kampung atau taman perumahan mencipta pantun bagi dipaparkan di pintu masuk tempat mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Anugerah Pendidikan, Pertandingan Pantun dan Pertandingan Melestarikan Sejarah Sekolah Berasaskan Nama Tokoh Tersohor Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Ab. Rauf, kerajaan negeri melalui Bahagian Teknologi Komunikasi Maklumat (BTMK) juga sedang membangunkan Gerbang Pantun Melaka untuk menghimpunkan semua pantun warisan negeri.

Ujarnya, nama-nama tokoh sejarah yang diabadikan sebagai nama sekolah akan diwartakan sebagai menghargai nilai dan budaya tokoh terbabit dalam sejarah negeri.

“Kajian daripada JPN telah dapat dizahirkan menerusi Pertandingan Melestarikan Sejarah Sekolah Berasaskan Nama Tokoh Tersohor membabitkan 43 buah sekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya