KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyeru dunia Islam untuk bersatu bagi menentang kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Ketua Pemudanya, Dr. Akmal Saleh berkata, ini kerana ia bukan soal politik, tetapi agama.
“Berikan kebebasan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidairit bersama Gaza.
Antara yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan , Adam Adli dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari.
Ratusan umat Islam berhimpin di perkarangan Masjid Negara bagi mengecam kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Para peserta memakai lilitan kepala, mafla selain bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza.
Selain itu, laungan Israel cuak, Free Palestin serta takbir Allahuakbar turu bergema di sini. – UTUSAN