Orang ramai mula tiba ke Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin

Orang ramai mula tiba ke Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin

ORANG ramai mula tiba ke pekarangan Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin hari ini.-UTUSAN/AIMAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama mula memenuhi Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyokong penganjuran Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin hari ini.

GOLONGAN muslimah turut mengambil bahagian dalam perhimpunan menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Meskipun perhimpunan dijadual bermula pukul 7.30 petang, namun orang ramai mula tiba sejak 6 petang sebagai tanda solidariti terhadap kesengsaraan penduduk Palestin yang diserang bertalu-talu oleh Zionis Israel.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai memakai baju putih sambil membawa bendera Palestin ke program tersebut.

Selain ribuan rakyat, pemimpin-pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara hadir memberikan sokongan.

Perhimpunan itu dijadual bermula dengan solat Maghrib disusuli solat hajat dipimpin Imam dan Qari Palestin, Shaykh Rami As-Sousi sebelum diteruskan dengan ucapan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang mewakili rakyat Malaysia yang konsisten bersama perjuangan rakyat Palestin.

Kemuncak perhimpunan adalah pidato yang disampai Perdana Menteri sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Qunut Nazilah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya