Orang ramai digalak derma Palestin di tabung masjid - Utusan Malaysia

Orang ramai digalak derma Palestin di tabung masjid

SHAIKH HARUN SHAIKH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Orang ramai yang prihatin dengan penderitaan rakyat Palestin digalakkan untuk menderma di tabung yang disediakan di masjid-masjid di seluruh Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ini kerana kutipan melalui tabung masjid akan diserahkan secara terus kepada kedutaan Palestin di Malaysia.

Menurutnya, langkah itu juga bagi mengelak kutipan derma Palestin disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

“MAIDAM telah mengarahkan masjid di seluruh Terengganu memulakan kutipan tabung untuk Palestin sejak minggu lalu.

“Para penderma tidak perlu risau kerana semua hasil kutipan yang diperolehi itu akan diserahkan sepenuhnya (tanpa apa-apa potongan) kepada kedutaan Palestin di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini, isu kutipan derma Palestin menarik perhatian ramai apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip derma untuk rakyat di negara itu.

Siasatan yang tertumpu kepada transaksi keluar masuk wang dan perbelanjaan itu dijalankan susulan dakwaan pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana wang derma itu dibelanjakan oleh NGO tersebut.

Mengulas lanjut, Shaikh Harun berkata, semua wang derma yang diperoleh di masjid Terengganu akan dikumpulkan melalui pejabat agama atau MAIDAM sebelum dihantar kepada pihak kedutaan.

“Jadi mereka yang menderma melalui masjid atau surau ini InsyaAllah kira akan 100 peratus hantar ke sana (Palestin),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya