Ops Kenderaan Berat: JPJ Pulau Pinang keluarkan 1,457 saman - Utusan Malaysia

Ops Kenderaan Berat: JPJ Pulau Pinang keluarkan 1,457 saman

ADENAN Md Isa (kanan) memeriksa kenderaan muatan berat dalam operasi di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang malam tadi. - Pix: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 1,457 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Bersepadu Kenderaan Perdagangan di Tol Sungai Dua arah Selatan di sini, malam tadi.

Pengarahnya, Adenan Md Isa berkata, operasi yang memasuki hari kelima itu akan diteruskan sepanjang bulan ini.

Katanya, dalam tempoh terbabit, sebanyak 2,907 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, sebanyak 390 kenderaan lebih muatan dikenakan tindakan.

“Dalam pemeriksaan itu, pelbagai kesalahan dikesan antaranya membawa barangan lebih muatan dan kesalahan teknikal seperti masalah brek, tidak selenggara tayar dan lampu tidak berfungsi.

“Masih ramai pemandu dan pengusaha tidak mematuhi peraturan ditetapkan dan kali ini tindakan tegas diambil iaitu kita sita kenderaan yang membawa muatan berlebihan.

“Tindakan diambil di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Seksyen 80 (Akta 715),” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 7,243 notis saman dikeluarkan manakala 407 buah motosikal disita menerusi Operasi Khas Motosikal baru-baru ini.

“Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan ialah tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tidak memperbaharui cukai jalan.

“Kita gunakan pendekatan lebih berhemah di mana khidmat nasihat serta panduan untuk memohon lesen diberikan kepada penunggang yang tidak memilikinya.

“Selain itu, kita dapati sejak kebelakangan ini jumlah motosikal yang disita semakin berkurangan sekali gus membuktikan kesedaran penunggang akan pematuhan undang-undang semakin meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya