Op Jamin dipergiat seluruh negara

Op Jamin dipergiat seluruh negara

FUZIAH Salleh bersama anggota KPDN meninjau stok beras pada Op Jamin di sebuah pasar raya di Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  mempergiat Op Jamin di seluruh negara bagi memantau bekalan harga beras tempatan, gula dan minyak masak peket di peringkat runcit.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata,  kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan Kolaborasi Bersepadu Op Jamin bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna.

Katanya, kerjasama strategik melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat serta pemantauan antara KPDN dan KPKM melalui Op Jamin sangat penting bagi mengenal pasti keseluruhan rantaian pengedaran beras di semua peringkat pengilang hingga ke peringkat peruncit.

“Sebanyak 31,000 pemeriksaan bermula 7 Julai lalu sehingga 16 Oktober lepas dilakukan di seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat rantaian pengedaran.

“Ia termasuk di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit,” katanya dalam kenyataan selepas pemeriksaan Op Jamin di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Fuziah berkata, daripada jumlah pemeriksaan tersebut, empat kes diambil ke atas peniaga kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, empat kes Akta Perihal Dagangan 2011 dan dua kes Akta Timbang dan Sukat 1972 menjadikan 10 kes secara keseluruhan.

Dalam pada itu, katanya, KPDN komited melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan beras di seluruh negara selain barangan keperluan harian lain serta menggalakkan pengguna menyalurkan maklumat berhubung ketidakpatuhan ke atas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kementerian.

“Kami amat prihatin dengan isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang keperluan asas iaitu dengan pengguna melaporkan aduan melalui sistem yang diperkenal dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.

“Pengguna boleh membuat aduan melalui saluran rasmi kementerian dan menyalurkan aduan bersama dokumen yang lengkap untuk tindakan lanjut melalui aplikasi WhatsApp, portal e-Aduan, Call Centre dan E-mel rasmi KPDN,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya