Nyawa setiap anak Palestin adalah bernilai - Nurul Izzah

Nyawa setiap anak Palestin adalah bernilai – Nurul Izzah

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masyarakat antarabangsa digesa untuk mendengar seruan komuniti dunia bagi menghentikan keganasan berterusan yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel kepada warga Gaza di Palestin.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, sikap kerajaan Amerika Syarikat (AS) amat jelas berat sebelah apabila memberi lesen penerusan kepada jenayah perang Israel dan lebih mengejutkan White House menyelar ahli politik mereka yang berani mengkiritik kekerasan terhadap penduduk Gaza.

Justeru itu beliau menegaskan semua pihak untuk mencari penyelesaian adil di Palestin kerana nyawa setiap anak Palestin adalah bernilai.

“Negara seperti United Kingdom, yang terpengaruh dengan Presiden Joe Biden (Presiden Amerika Syarikat), perlu mendengar rayuan dari rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menghentikan pembunuhan besar-besaran ni.

“Keadilan adalah asas masyarakat kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan selepas menghantar nota bantahan kepada Kedutaaan AS di Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) bersama Nurul Izzah menyatakan sokongan penuh untuk menyelesaikan konflik yang semakin berterusan di Palestin.

Gabungan tersebut juga menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara semalam dan menekankan betapa pentingnya dunia mengenali dan bertindak atas pembunuhan beramai-ramai yang diperlakukan terhadap rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga berterima kasih pada Al Jazeera di atas liputan berita dan meminta media seluruh dunia untuk melaporkan ketidakadilan yang dialami oleh warga Palestin dengan seimbang dan benar.

“Nyawa setiap anak Palestin adalah bernilai,” katanya menegaskan seruan untuk cari penyelesaian adil di Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya