Nuridah kekal Ketua Muslimat Pas, menang tanpa bertanding - Utusan Malaysia

Nuridah kekal Ketua Muslimat Pas, menang tanpa bertanding

Muslimat Pas
NURIDAH Salleh kekal sebagai Ketua Muslimat Pas selepas menang tanpa bertanding bagi penggal 2023 - 2025 pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor.  - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Nuridah Salleh sekali lagi dipilih sebagai Ketua Muslimat Pas selepas menang tanpa bertanding jawatan tersebut bagi penggal 2023 – 2025 dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Selain beliau, turut menang tanpa bertanding adalah timbalannya, Dr. Rosni Adam dan Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd. Nor yang menyandang Naib Ketua Muslimat.

Turut mengekalkan jawatan sama adalah Pengerusi Tetap, Husna Saidon dan timbalannya, Nor Zarina Mohd. Azhar serta dua Pemeriksa Kira-Kira, Basmatul Uyun Yusof dan Normilan Mamat.

Kesemua mereka sebelum ini memegang jawatan tersebut pada penggal lalu dan kemenangannya diumum secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dato’ Halim Tamuri. – UTUSAN

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kerja Muslimat Pas:

Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Husna Saidon

 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap

Nor Zarina Mohd. Azhar

 

Ketua Muslimat Pas

Nuridah Salleh

 

Timbalan Ketua Muslimat Pas

Dr. Rosni Adam

 

Naib Ketua Muslimat Pas

Salamiah Mohd. Nor (Ahli Parlimen Temerloh)

 

Pemeriksa Kira-Kira

Basmatul Uyun Yusof

Normilan Mamat

 

Ahli Jawatankuasa Kerja:

Asmak Hussin

Dr. Mardhiyah Hayati Salleh

Datuk Mumtaz Md. Nawi (Ahli Parlimen Tumpat)

Dr. Najihatussalehah Ahmad (ADUN Bota)

Noraini Hussin

Norhafiza Fadzil

Dr. Reen Mohd. Amin

Datuk Siti Aishah Ghazali (Exco Kedah)

Dr. Uyun Abdul Malek

Dr. Wahibah Tahir

Wan Hasrina Wan Hassan

Zuraida Md. Noor (ADUN Ladang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya