NSYNC kembali bergabung selepas 20 tahun

NSYNC kembali bergabung selepas 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“TERLALU banyak tangisan kegembiraan terlihat.” 

Itulah momen yang dikongsikan anggota kumpulan NSYNC, Lance Bass sementelah kumpulan itu kembali bergabung dalam studio untuk merakamkan single terbaru mereka. 

Pertama kali selepas 20 tahun, Lance, Justin Timberlake, JC Chasez, Chris Kirkpatrick dan Joey Fatone bersatu menghasilkan Better Place yang merupakan lagu latar untuk  filem Trolls Band Together terbitan Dreamworks. 

Lagu berentak pop moden itu diperdengarkan secara rasmi di seluruh dunia, Jumaat lalu. Pada masa sama, NSYNC juga merakamkan semula lagu I Want You Back yang sedutannya diperdengarkan menerusi trailer  filem animasi itu yang ditayangkan seluruh dunia sejak 13 hari lepas. 

Trailer  filem itu sehingga kini telah merekodkan jumlah tontonan yang cukup tinggi iaitu lebih 7 juta di Youtube. 

Bass mengakui tidak menjangkakan reaksi memberangsangkan peminat terhadap kemunculan semula kumpulan itu selepas dua dekad. 

“Ia satu perkara indah, ibarat mimpi jadi kenyataan kerana pada usia kami sekarang, peminat masih teruja dengan kumpulan ini. Saya tidak menyangka kegilaan peminat sehingga ke tahap ini. 

“Momen ini adalah sangat emosional untuk kami, selepas terlalu lama, kami kembali bekerjasama dalam studio. 

“Mac lalu kami putuskan untuk bergabung semula. Kami rasakan keseronokan seperti dulu, ibarat waktu tidak beredar sedikitpun. Ia adalah momen yang cukup indah,” katanya kepada Entertainment Tonight. 

Selain lagu baharu, NSYNC pada 12 September lepas membuat kemunculan pertama kali di kaca televisyen selepas 20 tahun menerusi MTV Video Music Awards (VMAs) 2023. 

Kemunculan mereka adalah bagi menyampaikan Best Pop Award yang dimenangi penyanyi, Taylor Swift. 

“Saya salahkan Swift. Peminat kami bergabung dan mencetuskan gelombang malam itu. Ia adalah malam yang amat menyeronokkan,” kata Bass lagi. 

Kemunculan semula NSYNC membuatkan peminat mereka menaruh harapan agar kumpulan tersebut juga mengadakan konsert jelajah untuk mengubat kerinduan pencinta mereka. 

Bass bagaimanapun memaklumkan mereka buat masa ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk itu. 

“Itu yang saya katakan kepada peminat kami. Setiap kami ada urusan masing-masing. Tapi saya tidak menolak, peminatlah yang menentukan hala tuju band ini,” sambungnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya