Noor Hisham terima Anugerah Pencapaian Kepimpinan Profesor Kazue K McLaren 2023

Noor Hisham terima Anugerah Pencapaian Kepimpinan Profesor Kazue K McLaren 2023

NOOR Hisham Abdullah menerima Anugerah Pencapaian Kepimpinan Profesor Kazue K McLaren 2023 oleh bersempena Persidangan Ke-54 APACPH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Pencapaian Kepimpinan Profesor Kazue K McLaren 2023, yang diiktiraf oleh Konsortium Akademik Asia Pasifik untuk Kesihatan Awam (APACPH).

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Noor Hisham menyifatkan anugerah tersebut sebagai peringatan tentang kepentingan kesihatan awam dalam memerangi ancaman kesihatan.

Beliau berkata, apa yang lebih penting, ia menunjukkan kebersamaan usaha kolektif semua pihak dalam persediaan dan respon kepada ancaman itu.

“Terima kasih atas penganugerahan berprestij ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan barisan hadapan.

“Mereka adalah wira sebenar dalam memerangi wabak Covid-19 dan saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak mereka semua,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Anugerah itu disampaikan bersempena Persidangan APACPH ke-54 di Sarawak yang berlangsung pada hari ini hingga 1 Nov depan yang dihadiri kira-kira 800 pakar dalam bidang perubatan komuniti dan kesihatan awam global.

Persidangan bertemakan ‘Merentasi Normal Baharu: Memperkukuh Kesihatan Awam Melalui Pendidikan, Penyelidikan dan Kerjasama’ bertujuan menyediakan platform kukuh untuk masyarakat dan kesihatan awam.

Perkara ini boleh dicapai menerusi polisi dan pembangunan strategi; pelaksanaan program pendidikan, penyelidikan dan latihan, serta demonstrasi intervensi yang berkesan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya