Nikotin: Menteri Kesihatan tak perlu kelulusan Lembaga Racun

Nikotin: Menteri Kesihatan tak perlu kelulusan Lembaga Racun

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pindaan yang dibuat kepada Perintah Racun yang dibuat pada 31 Mac lalu adalah salah satu bentuk kawalan terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mempunyai cecair dan gel nikotin.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, melalui perintah tersebut, pengilang perlu mendaftarkan aktiviti pengilangan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Ini (pendaftaran dengan Jabatan Kastam) merupakan salah satu bentuk kawalan yang dapat dilakukan sebelum kawalan menyeluruh dibuat sementara menunggu kelulusan bagi Rang Undang-Undang Kawalan Merokok 2023 yang dibentangkan.

“Saya menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman produk-produk yang mengandungi tembakau dan nikotin.

“Saya juga menegaskan bahawa pengenaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin adalah selaras dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” kata beliau.

Selain itu, Dr. Zaliha menyatakan, beliau telah diberikan nasihat dan percaya bahawa berdasarkan Seksyen 6 Akta Racun 1952, beliau hanya disyaratkan untuk mendapatkan konsultasi daripada Lembaga Racun berhubung pengecualian tersebut.

Tambahnya, tiada sebarang keperluan untuknya mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Racun sebelum berbuat demikian.

Beliau berkata demikian dalam afidavit jawapan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berhubung saman yang difailkan oleh tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Menteri Kesihatan (tidak dinamakan secara spesifik) dan Kerajaan Malaysia berhubung keputusan mengeluarkan cecair nikotin daripada senarai Akta Racun 1952.

Plaintif-plaintif, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MKTM); Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children (VOC) memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Kanesalingam & Co. pada 28 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Kesihatan membuat keputusan meminda senarai di bawah Akta Racun 1952 yang mengeluarkan nikotin daripada senarai tersebut.

Cecair nikotin sebelum ini disenaraikan dalam Akta Racun 1952 ekoran ia bukan produk hasil tembakau yang tertakluk di bahawa Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya