Najib, Nazifuddin tetap kena bayar cukai RM1.7b

Najib, Nazifuddin tetap kena bayar cukai RM1.7b

TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika keluar selepas mendengar keputusan berhubung rayuan Najib Tun Razak dan Naziffuddin berhubung penghakiman terus diperoleh LHDN terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM1.7 bilion di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya di sini hari ini.- UTUSAN/FOTO: FAIZ ALIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan berjumlah melebihi RM1.7 bilion.

Dengan keputusan itu, LHDN boleh memulakan tindakan pungutan cukai tersebut bermula hari ini.

Penghakiman terus merupakan tuntutan saman yang diputuskan oleh mahkamah tanpa melalui perbicaraan.

Pada Julai 2020, dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Mohd. Nazifuddin kemudian merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 22 dan 6 Julai 2021 oleh Hakim Datuk Ahmad Bache dan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Mereka bagaimanapun gagal untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

LHDN, melalui kerajaan Malaysia juga memfailkan writ saman terhadap Mohd. Nazifuddin pada 24 Julai 2019, mendakwanya masih belum membayar cukai untuk tahun taksiran dari 2011 hingga 2017 berjumlah RM37,644,810.73 seperti yang dinyatakan melalui notis taksiran bertarikh 15 Mac 2019. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya