Muslim Care Malaysia gerak misi bantuan ke Gaza

Muslim Care Malaysia gerak misi bantuan ke Gaza

AHMAD Safuan Ujar dan Tuan Asri Tuan Hussein berlepas ke Kaherah, Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muslim Care Malaysia (MCM) menggerakkan misi bantuan penduduk Gaza dengan menghantar dua exconya ke Kaherah, Mesir dalam usaha memastikan bantuan berjaya sampai kepada kelompok sasaran dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung MCA, Ahmad Safuan Ujar berkata, beliau dan Exco Media, Tuan Asri Tuan Hussein berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi ini,

Beliau berkata,  pihaknya di Kaherah akan bekerjasama dengan sebuah gerakan kemanusiaan antarabangsa, Miles of Smiles di London dan diketuai seorang rakyat Palestin yang tinggal di sana, Dr Essam Mustafe.

 “MCM sudah beberapa kali bekerjasama dengan Dr. Essam yang memfokuskan penyampaian bantuan berkaitan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Untuk penghantaran bantuan fasa ketiga ini MCM menyalurkan dana sebanyak RM412,000 khusus untuk bantuan perubatan, termasuk untuk pembelian sebuah ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, segala bantuan akan digerakkan ke Gaza secepat mungkin apabila pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka dan keadaan mengizinkan.

“Untuk makluman, bagi dana kepada rakyat Palestin dan Syria, MCM menyalurkan 100 peratus sumbangan yang kami terima, tanpa mengambil sedikit pun kos pengurusan. Ini sudah menjadi amalan kami sejak sekian lama,” katanya.

Ahmad Safuan melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, agensi kerajaan dan swasta serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi kepercayaan dan sudi menjalinkan kerjasama dengan MCM untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Beliau berkata, antara NGO yang berkolaborasi dengan MCM untuk sumbangan fasa ketiga ini ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Iman Care, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Pertubuhan Khidmat Umah (PKU) yang dipimpin pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar.

Ahmad Safuan berkata, setakat ini MCM sudah menyalurkan dana sebanyak RM787,000 untuk membantu rakyat Palestin dalam perang terkini dengan Israel yang mula tercetus pada 7 Oktober lalu dan sudah meragut ribuan nyawa.

“Fasa pertama membabitkan dana segera sebanyak RM100,000 dihantar pada hari ketiga perang kepada Pengerusi MCM Palestin, Ahmad Abu Ayesh di Gaza sebelum bantuan kedua sebanyak RM275,000 yang menyusul kira-kira seminggu kemudian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya