Murid-murid sekolah insaf tengok ‘Ipad’ zaman dahulu

Murid-murid sekolah insaf tengok ‘iPad’ zaman dahulu

AQIF Rayyan Salehuddin (dua dari kiri) bersama rakan melihat artifak papan batu berbentuk Ipad yang digunakan untuk menyalin dan menulis nota ketika belajar di Laman Sejarah SK Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kubang Pasu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sekumpulan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara di Changlun dekat sini kagum setelah melihat artifak berupa papan batu atau batu selisih yang digunakan oleh orang dahulu untuk belajar.

Malah, kewujudan papan batu tersebut yang tidak ubah seperti Ipad itu menunjukkan kegigihan orang dahulu kala mempelajari ilmu sekali gus menginsafkan mereka yang kini mempunyai pelbagai kemudahan di sekolah.

Salah seorang murid, Aqif Rayyan Salehuddin, 12, berkata, dia terharu membayangkan kesukaran orang dahulu termasuk nenek moyangnya menggunakan papan batu menggantikan buku untuk menulis dan menyalin nota.

“Pertama kali tengok memang terbayang betapa susahnya orang dahulu menuntut ilmu sebab kertas dan buku pun tidak ada lagi masa itu. Mereka hanya guna papan batu saja untuk menulis.

“Kami sekarang ada macam-macam kemudahan untuk belajar. Sememangnya apabila tengok ini rasa insaf sangat dan perlu belajar kuat lagi,” katanya ketika ditemui di sekolah berusia 131 tahun itu, di sini semalam.

Papan batu yang tidak ubah seperti Ipad itu merupakan salah satu artifak unik yang dipamerkan di muzium mini yang dipanggil sebagai Laman Sejarah SK Wan Kemara atau Adiratna Kemara.

Majlis perasmian muzium mini tersebut disempurnakan Ketua Pustakawan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Che Azlan Taib di pekarangan sekolah tertua di Kedah itu.

Sementara itu, Guru Besar SK Dato’ Wan Kemara, Mohd. Nizam Saidin berkata, Laman Sejarah itu diharap dapat mencetuskan semangat cintakan sejarah dalam kalangan murid-muridnya.

“Pihak jawatankuasa sekolah menjayakan projek ini dengan kerjasama Muzium Pengurusan UUM dan Muzium Negeri dalam usaha untuk mendedahkan sejarah sekolah ini dan Changlun kepada murid.

“Pihak UUM dan Muzium Negeri membantu merealisasikan projek ini yang antaranya mempamerkan lebih 20 artifak termasuk peralatan sekolah. Selain warga sekolah ini, Laman Sejarah juga akan dibuka kepada orang awam supaya mereka dapat melihat sejarah,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya