Muktamar Pas: Jangan letak calon, tapi tiada jentera

Muktamar Pas: Jangan letak calon, tapi tiada jentera

PIMPINAN Pas dan Bersatu perlu memulakan perbincangan mengenai calon berkaliber menang pada pilihan raya akan datang. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pimpinan Pas dan Perikatan Nasional (PN) disaran untuk tidak sekadar meletakkan calon pada pilihan raya tetapi tidak mempunyai jentera.

Justeru, pembahas Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, perbincangan berkaitan calon perlu dilakukan bermula sekarang bagi meneliti perkara itu dan bukannya apabila sudah hampir pilihan raya.

“Sekarang sudah perlu tubuh pasukan untuk tentukan nilai tentang bantuan kekuatan yang mesti diberikan kepada satu-satu kerusi.

“Kita ambil (conoth) yang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perikatan Nasional (PN) belum menang, jadi perlu ada satu panduan serta piawaian yang diberikan.

“Kita tidak mahu hanya meletakkan calon sedangkan jentera mereka tidak ada. Sebab itu perlu diteliti dengan baik daripada sekarang sebab ada kawasan ada parti yang dia tidak ada jentera, hanya bawa resume pergi jumpa pimpinan boleh jadi calon.

“Yang ini mesti dinilai sebab itu kita harap tidak hanya dekat pilihan raya, sekarang sudah boleh buat. Maknanya kalau tidak capai piawaian ini tidak kira Pas atau Parti Bersatu, tidak perlu meletakkan calon di situ,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut Sallehen, perbincangan itu perlu dimulakan sekarang supaya pimpinan dapat menilai kebolehmenangan calon sebelum membuat keputusan.

“Pimpinan dalam PN (boleh) teropong tengok satu Parlimen satu DUN siapa paling layak supaya dapat menilai kebolehmenangan itu sebagai asas untuk kita membuat keputusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya