Muktamar Pas 2023: SG4 tak bersaing dengan Persekutuan - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: SG4 tak bersaing dengan Persekutuan

SG4
DR. Mahathir Mohamad menyaksikan Abdul Hadi Awang menyempurnakan penubuhan SG4 pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas menafikan pembentukan State-Government 4 (SG4) bertujuan untuk bersaing walaupun mendakwa negeri-negeri pembangkang ‘dianaktirikan’ oleh Kerajaan Persekutuan.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, walaupun keempat-empat negeri di bawah pentadbiran Pas iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu mahu mewujudkan pelan ekonomi sendiri, namun ia tidak membelakangkan Kerajaan Persekutuan.

“Ia tidak bersaing, ini fokus kepada soal membangunkan empat negeri, itulah juga tak semestinya kita tak bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, kita masih ada bapak lagi,” katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Terdahulu, keempat negeri itu menubuhkan pelan ekonomi SG4 dengan melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihatnya.

SG4 ditubuhkan sebagai blok kerjasama antara kerajaan negeri bagi pembangunan ekonomi, infrastruktur serta sosial negeri apabila negeri-negeri berkenaan dikatakan mempunyai hasil bumi dan tanah yang luas untuk diuruskan seperti sektor perikanan, pertanian dan hasil minyak dan gas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjelaskan kewujudan pelan ekonomi SG4 tidak mendiskriminasi mana-mana pihak, malah mengalu-alukan negeri lain untuk menyertainya.

“Bukan eksklusif, kita buat untuk empat negeri ini kerana yang lain tidak mahu bersama, kalau perlu kepada kesemua keseluruhan negeri dalam SG4 apa yang kita rancang ini, sangat dialu-alukan, tiada masalah.

“Kita hanya fokus kepada parti kita, ikhlas untuk bantu negeri-negeri terutama rakyat yang sedang menghadapi kesusahan tanpa kita melihat musuh atau kawan, yang penting mereka adalah rakyat kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya