Muktamar Pas 2023: Ringgit jatuh risiko makanan berterusan mahal - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: Ringgit jatuh risiko makanan berterusan mahal

Ringgit
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor berucap pada program Pidato Empat Menteri Besar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kebergantungan import makanan yang menelan belanja sehingga RM80 bilion dijangka akan menyebabkan tekanan lebih tinggi kepada rakyat berikutan kejatuhan nilai mata wang ringgit iaitu RM4.80 berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS).

Kejatuhan nilai mata wang itu didakwa akan menyebabkan kos import makanan terus meningkat sehingga RM100 bilion sekaligus menjadi faktor kepada kenaikan harga barangan keperluan asas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Kerajaan Persekutuan tidak bijak menguruskan ekonomi sehingga menyebabkan nilai mata wang terus merudum.

“Ringgit berbanding dolar RM4.78 menghampiri harga rahmah. 

“Dia (Anwar) masa jadi pembangkang (mendakwa kerajaan) sebab kamu tak reti jaga negara, dia kata dekat orang (dahulu), sekarang ini dia kata dekat diri sendiri. Dulu dia beritahu macam-macam kata nara lain pun jatuh juga. Duit makin jatuh sebab kamu tak reti jaga negara.

“Apa yang dia lawan atau kata dahulu yang tak boleh sekarang semua dia tengah buat. Dia buat apa yang dia kata tak boleh. Dia marah orang dulu buat benda itu (tadbir urus tidak baik) sekarang dia buat benda yang sama. Lepas itu tak bagi kita mengata (mengkritik) dekat dia,” katanya ketika berucap dalam program Pidato Empat Menteri Besar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69, malam tadi.

Dalam pada itu, Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri menempelak sikap kepemimpinan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mencontohi Singapura dalam mengambil tindakan terhadap wakil rakyat pembangkang.

“Strategi bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang dipraktikkan oleh ‘madanon’ (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), siapa mengkritik (kerajaan) akan disaman.

“Sedangkan mereka tidak reti menjawab dakwaan atau membuktikan kebenaran disebalik tuduhan, kita disaman. Saman untuk menakutkan kita. Cara mereka buat sama seperti di Singapura yang hampir tiada pembangkang, buka mulut kena saman,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya