Muktamar Pas 2023: Proses panjang jika UMNO mahu bersama Pas - Idris - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: Proses panjang jika UMNO mahu bersama Pas – Idris

Pas UMNO
IDRIS Ahmad dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas akan merujuk kepada ahli jawatankuasanya dan kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat pendirian ataupun keputusan untuk menerima UMNO sekiranya parti itu berhasrat berbuat demikian.

UMNO kini dikatakan berada dalam kedudukan selamat bersama Pakatan Harapan (PH) berdasarkan sikap DAP yang lebih selesa apabila parti keramat Melayu itu menjadi rakan kongsinya.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, bagaimanapun Pas tidak mahu menoleh ke kebelakang selepas pencapaiannya berjaya bersama PN berjaya menarik pengundi Barisan Nasional (BN) untuk mengundi mereka dalam siri pilihan raya sebelum ini.

“Sekarang ini kita moving forward dengan PN dan penyatuan ummah yang lebih besar kerana pada kita apbaila UMNO pada hari ni bekerjasama dengan DAP, DAP akan puji UMNO apabila tidak lawannya, lawan nanti kamu akan ditolak.

“Sebab itu kedudukan kita dalam pilihan raya Simpang Jeram, Pulai, yang terakhir di Pelangai, sama macam mana kita tengok bagaimana undi-undi dalam kalangan orang UMNO memberinya kepada PN,” katanya dalam sidang akhar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Tambahnya, ketika ini tidak ada perbincangan dalam kalangan pemimpin Pas berhubung penyertaan UMNO, sebaliknya kini parti itu bersama PN sedang menumpukan kepada pembinaan penyatuan ummah yang lebih besar.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pas bersedia mengubah penampilannya untuk mendekati pengundi bukan Melayu melalui keberkesanannya pada pentadbiran di keempat-empat negeri di bawah pentadbiran parti itu iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Jelas Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai itu, cara sedemikian lebih mudah untuk membuka ruang kepada pengundi-pengundi Cina dan India untuk melihat sendiri akhlak dan keadilan terutama kepada wakil rakyat pembangkang.

“Kalau tengok di Kelantan dekat DUN Kota Lama, apa yang kita tak berikan kepada pengundi bukan Melayu (termasuk wakil rakyat). Kita tahu mereka tak beri sokongan kepada kita itu terpulang, biar kita tunjukkan akhlak dan keadilan kita kepada mereka.

“Penampilan yang paling penting hendak ditunjukkan adalah, pertama negeri yang kita perintah tunjukkan dengan tindakan kita, bagaimana sifat keadilan yang kita tunjuk, lebih senang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN