Muktamar Pas 2023: Baju, bendera Palestin laris untuk perhimpunan solidariti - Utusan Malaysia

Muktamar Pas 2023: Baju, bendera Palestin laris untuk perhimpunan solidariti

Palestin
BASRI Istiqamah menunjukkan bendera Palestin dan pelbagai barangan lain berkaitan negara itu dijual dekat gerainya di tapak Karnival Gabungan Usahawan Muslim (KAGUM) sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang peniaga umpama mendapat rezeki terpijak apabila Pemuda Pas dalam muktamarnya semalam mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan solidariti bersama Palestin kali kedua pada Jumaat depan.

Hal tersebut menyebabkan perniagaan milik Basri Istiqamah, 62, yang menjual barangan seperti mafla, pakaian dan bendera negara bergolak itu seperti ‘pisang goreng panas’ selepas diserbu pengunjung untuk menghadiri perhimpunan tersebut minggu depan.

Menurutnya, pada hari pertama pengumuman itu dibuat, lebih 200 pelbagai jenis barangan berkaitan dengan Palestin di gerainya terjual dan dia bersedia menambah stok bagi menerima kunjungan pelanggan sehingga Ahad ini.

“Kita mempunyai stok sebanyak 2,000 mafla pelbagai saiz untuk dijual dalam masa empat hari  bermula semalam hingga Ahad ini. 

Kita ada bekalan yang cukup untuk umat Islam mendapatkan mafla yang dijual dari harga RM8 untuk saiz kecil dan RM25 untuk saiz besar,” katanya ketika ditemui di tapak Karnival Gabungan Usahawan Muslim (KAGUM) sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini. 

Tambahnya, selain mafla kecil yang boleh dililit di kepala dan saiz besar di letakkan di leher dia juga menjual bendera Palestin pelbagai saiz.

“Bendera Palestin kecil hingga bersaiz besar turut laris dan dijual antara RM10 hingga RM100. Bbaju T kolar bulat lengan panjang untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga ada.

“Kesemua mafla, bendera Palestin dan baju bercorak bendera Palestin menjadi pilihan umat Islam sebagai tanda solidariti menyokong perjuangan rakyat negara tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya