MRA hantar sumbangan segera untuk rakyat Palestin

Malaysian Relief Agency hantar sumbangan segera untuk rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Relief Agency (MRA) menghantar sumbangan segera sebanyak RM100,000 bagi tujuan menampung keperluan mendesak seperti bantuan perubatan, peralatan hospital, tempat perlindungan dan makanan untuk membantu rakyat Palestin terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza.

Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, pihaknya berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin dalam tempoh satu minggu lagi memandangkan mangsa yang tercedera semakin meningkat.

DR. MOHD. DAUD SULAIMAN

“Menurut sumber daripada Gaza, angka korban terkini rakyat Palestin dianggarkan seramai 700 orang dengan 2,300 orang lagi dilaporkan cedera hasil tindak balas serangan udara dan tembakan artileri rejim Israel.

“Ketika ini, pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera rejim Israel masih berterusan di Kota Gaza, Beit Hanoun, Beit Lahiya, Jabalia, Deir al-Balah, Khan Younis, Rafah, dan kawasan sempadan dengan Israel dan Mesir.

“Keangkuhan Israel sepanjang tujuh dekad ini telah membunuh puluhan ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru katanya, MRA telah melancarkan Tabung Kecemasan Palestin untuk membantu rakyat yang terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas Wilayah Gaza.

“MRA mengajak orang ramai menyumbang untuk membantu rakyat Palestin yang kini sedang terhimpit dalam kemelut konflik dan krisis kemanusiaan menerusi Tabung Kecemasan Palestin melalui akaun Malaysian Relief Agency Berhad di Maybank 564098208020 atau sila menghubungi talian 0133371672 atau layari akaun facebook MRA untuk maklumat lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berkata, MRA menggesa gencatan senjata dilaksanakan dengan segera kepada kedua-dua pihak manakala serangan terhadap tempat-tempat awam yang membunuh ratusan nyawa juga perlu dihentikan.

Katanya, kesan terhadap pertempuran ini sangat kompleks dan ganas yang mana telah menyebabkan banyak penderitaan dan kehilangan nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya